[Taklimat Online MUBIN – Armani Media Sdn Bhd]: Geran Pemasaran Digital MDEC

Pada tarikh 5 Julai 2022, MUBIN sekali lagi telah mengadakan sesi penerangan secara dalam talian dengan usahasama Armani Media Sdn Bhd bagi berkongsi mengenai peluang Geran Pemasaran Digital yang ditawarkan oleh pihak MDEC.

Sesi kali kedua ini adalah inisiatif susulan berikutan kadar kelulusan yang agak tinggi – hampir 20 syarikat yang memohon menerusi sesi taklimat yang berlangsung pada 8 Februari 2022 yang lalu mendapat kelulusan untuk geran pemasaran digital ini.

Kesemua syarikat yang berjaya telah dihubungi secara berperingkat untuk proses selanjutnya iaitu penghasilan artikel pemasaran dan video pemasaran JomBeli!

Sesi yang berlangsung selama 1 jam ini telah disampaikan oleh Encik Hafriz Hazeem selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan di Armani Media Sdn Bhd.

Peserta yang berminat untuk memohon geran pemasaran digital ini dihimpunkan ke dalam 1 group Whatsapp dan akan dibantu oleh Encik Hafriz dalam proses penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan seterusnya untuk proses permohonan.

Posted in:

Leave a Reply