Objektif

Objektif utama penubuhan MUBIN ialah :

1. Memperkasa ahli supaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya, beretika, murah hati dan bersikap saling bantu membantu.

2. Menggalakkan ahli dan anggota masyarakat berniaga dengan cara dan tatasusila Islam.

3. Menyediakan suasana di mana ahli yang bukan peniaga boleh memberi sumbangan umpamanya sebagai penasihat, pelabur dan sebagainya.

4. Mengadakan perhubungan dan kerjasama perniagaan dengan mana-mana individu atau organisasi di dalam dan luar negara.

5. Membantu ahli sesuai dengan kemampuan MUBIN di dalam hal-hal perniagaan termasuk memberikan khidmat nasihat, membuka jaringan perniagaan, mengumpul modal dan apa juga langkah yang halal dan sah di sisi undang-undang.

6. Membimbing generasi muda di dalam hal-hal berkaitan perniagaan dan ekonomi Islam.

7. Memberi sumbangan langsung dan tidak langsung ke arah perlaksanaan ekonomi Islam di Malaysia sesuai dengan kemampuan MUBIN.