Siapa Kami?

PENGENALAN

Persatuan Jaringan Bisnes Muslim Malaysia juga dikenali sebagai Muslim Business Network Association of Malaysia (MUBIN), adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menjadi platform bagi para usahawan muslim dan individu-individu muslim yang mempunyai kedudukan strategik dalam mana-mana syarikat, koperasi, institusi bank, kerajaan mahupun syarikat jaringan kerajaan (GLC)  bernaung dan bersatu demi membangunkan ekonomi ummah sejagat.

MUBIN berazam untuk mengumpulkan seramai mungkin para usahawan serta bukan usahawan bagi menggalakkan kerjasama strategik dalam menjayakan agenda perniagaan masing-masing dan agenda ekonomi ummah ini kerana ekonomi Islam merupakan salah satu teras kepada kegemilangan Islam dan umatnya.

MUBIN juga akan berperanan untuk mempromosi etika keusahawanan serta amalan baik dan soleh dalam menjalankan perniagaan masing-masing yakni selari dengan kehendak ALLAH Azza wa Jalla secara menyeluruh.

Ahli-ahli MUBIN juga akan sentiasa dididik (ditarbiyah) dengan kesedaran Islam agar mampu memberikan komitmen dalam melaksanakan pembaikan kepada diri, para usahawan dan masyarakat di sekeliling mereka.

Demi memastikan kejayaan objektif penubuhan MUBIN, pembangunan usahawan muda dan baru juga dijadikan sebagai salah satu agenda utama MUBIN dalam merencanakan segala bentuk aktiviti dan program MUBIN, insyaALLAH.

 

Aktiviti-aktiviti MUBIN

- Menyediakan pangkalan data dan direktori usahawan

- Kluster (Interest Groups) – kerjasama perniagaan sesama ahli yang  disesuaikan mengikut minat dan keperluan ahli

- Pembangunan modal insan – fiqh muamalat dan etika keusahawanan serta akhlak seorang muslim

- Program-program pembangunan perniagaan seperti kemahiran pengurusan perniagaan dan organisasi, peluang perniagaan dan pembiayaan

- Perhubungan dan jaringan dengan semua pihak yang berkaitan dalam negara dan antarabangsa

- Membantu pembangunan usahawan muda dan baru – memanfaatkan pengalaman sesama ahli

- Sesi bertukar-tukar pandangan dan berdialog dengan pihak berkuasa atau berkewajipan