Buletin

  • Bengkel Online: Intro Menulis Kertas Kerja untuk Geran Perniagaan

    Pn Nur Zahiran M Sukran, selaku Pengarah Urusan & Pengasas Bersama iLuvQuran telah meluangkan masa untuk berkongsi bersama-sama usahawan-usahawan yang berminat mengenai pengalaman beliau dalam permohonan geran perniagaan. Seramai 28 orang telah hadir dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam ini. Peserta yang berminat untuk mendapatkan sesi 1-to-1 bersama beliau atau wakil iLuvQuran […]

  • Bengkel AI Masterclass: Mastering AI for Productivity and Profit – A Practical Guide

    Bengkel ini dianjurkan atas permintaan ahli-ahli MUBIN yang berminat untuk belajar mengenai ilmu AI yang boleh diaplikasikan dalam bidang perniagaan. Seramai 25 orang peserta daripada kalangan pemilik perniagaan dan pekerja/wakil daripada syarikat telah menghadiri bengkel yang telah dijalankan selama 2 hari ini. Program ini telah dikendalikan oleh 2 orang trainer terlatih iaitu Dr Azizul bin […]

  • Kunjungan Hormat daripada Usahawan Sri Lanka Malaysia Business Council

    MUBIN telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi yang terdiri daripada usahawan dari Sri Lanka seramai 21 orang. Sesi perbincangan dan pengenalan diri berlangsung di Pejabat MUBIN, Cyberjaya yang kemudiannya diikuti dengan perbincangan santai sambil makan malam bersama di Restoran Saba, Cyberjaya.  

  • Sesi Penerangan Online: Jom Takaful-kan Semua!

    Bagi sesi penerangan bersama KIMB kali ini, topik yang dikupas adalah berkenaan produk takaful yang ditawarkan oleh pihak KIMB. Selain daripada produk takaful motor yang ditawarkan oleh KIMB, terdapat pelbagai takaful lain (non-motor) yang turut boleh dilanggan menerusi KIMB. Antaranya ialah Takaful Kembara, Takaful Rumah, Takaful Contractor All Risks & Workmens Compensation, Group Personal Accident […]

  • Sesi Penerangan Online: Keanggotaan KIMB – Manfaat & Kemudahan yang Ditawarkan

    Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) dengan kerjasama MUBIN akan menganjurkan Sesi Penerangan berkaitan dengan Keanggotaan KIMB kepada usahawan-usahawan MUBIN. Seramai lebih kurang 36 orang telah hadir dalam sesi perkongsian yang telah disampaikan oleh Puan Rita Rosminah daripada KIMB. Salinan slaid pembentangan turut dikongsikan kepada para peserta sebagai rujukan.

  • Siri Pembangunan Usahawan MUBIN (SPUM) 1.0: Bengkel Pengukuhan dan Pengembangan Bisnes

    Bengkel ini telah dianjurkan susulan hasil dapatan daripada kaji selidik yang telah diadakan di kalangan ahli-ahli MUBIN pada 11 Jan 2023 sehingga 28 Februari 2023 yang lalu. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi mengenal pasti usahawan-usahawan yang ingin dibimbing dalam usaha mereka mengukuhkan serta mengembangkan bisnes masing-masing. Dalam perancangan akan datang, terdapat beberapa program lain […]

  • Sesi Penerangan Online: Produk Pembiayaan KIMB

    Sesi ini telah dikelolakan oleh Encik Jamalul Bahrin iaitu staf Unit Pembiayaan KIMB. Terdapat pelbagai produk pembiayaan yang ditawarkan kepada yang berminat sama ada dalam bentuk pembiayaan peribadi (sehingga RM250,000) mahupun pembiayaan bisnes (sehingga RM3,000,000). Antara kelebihan produk-produk pembiayaan yang ditawarkan adalah kesemuanya telah mendapat Sijil Pematuhan Syariah. Salinan slaid pembentangan turut dikongsikan kepada para […]

  • Pengalaman Membuka Perniagaan di Turki: Peluang & Cabaran

    Ahli-ahli MUBIN berpeluang mendengar perkongsian secara dalam talian daripada seorang ahli perniagaan yang telah menerajui industri dobi di bawah jenama LaundryBar di Turki. Tuan Sa’id ‘Imaddudeen bin Norhisam yang juga merupakan salah seorang ahli MUBIN turut berkongsi pengalaman beliau yang turut terlibat dalam industri perlancongan dan rumah inap (homestay) sebelum melibatkan diri dalam industri dobi […]

  • Peluang Mendapatkan Dana Wakaf sebagai Pelaburan

    MUBIN berbesar hati mengadakan sesi pertemuan antara Dr Saleh Farag Deifalla (Egyptian/Turkish), yang hadir mewakili pertubuhan beliau, International Hope Organization (IHO) dengan ahli-ahli MUBIN yang berminat. Sesi ini telah diadakan di pejabat MUBIN untuk berkongsi peluang pelaburan menggunakan dana wakaf (ijtimari) bagi bisnes-bisnes ahli MUBIN yang berpotensi seperti dalam bidang hartanah, perladangan dan lain-lain di […]

  • Majlis Raya MUBIN 2023

    Bagi meraikan sambutan Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023H, MUBIN telah menganjurkan Majlis Raya MUBIN 2023 di Pejabat MUBIN, Cyberjaya. Sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan dengan kehadiran ahli seramai lebih kurang 70 orang. Ahli-ahli yang hadir turut berpeluang mendapatkan perkongsian mengenai ekonomi dan masa depan Malaysia daripada Dr Wan Hasni Wan Sulaiman yang merupakan seorang usahawan. […]

  • Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-13 MUBIN

    Seperti tahun terdahulu, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-13 MUBIN ini telah diadakan secara campuran (hybrid) setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan telah dihadiri serama 36 orang ahli MUBIN (21 orang fizikal dan 15 orang secara dalam talian). Tiada sebarang usul diterima untuk dibahaskan dalam mesyuarat agung kali ini. Sebelum mesyuarat bermula, […]

  • [Taklimat Online MUBIN – Sinergi]: Penyelesaian Pencarian Pekerja Segera Semudah 3 Langkah

    Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara, ramai usahawan dan pemilik perniagaan menghadapi isu kekurangan pekerja dan kesukaran untuk mencari pekerja baharu. Oleh sebab itu, MUBIN telah menjemput Tuan Muhammad Aiman bin Mohamad Salmi, Pengasas Bersama untuk Sinergi Impact PLT bagi berkongsi mengenai satu platform yang telah ditubuhkan bagi membantu majikan mencari pekerja. Berdasarkan penerangan yang […]