Majlis Raya MUBIN 2023

Bagi meraikan sambutan Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023H, MUBIN telah menganjurkan Majlis Raya MUBIN 2023 di Pejabat MUBIN, Cyberjaya. Sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan dengan kehadiran ahli seramai lebih kurang 70 orang. Ahli-ahli yang hadir turut berpeluang mendapatkan perkongsian mengenai ekonomi dan masa depan Malaysia daripada Dr Wan Hasni Wan Sulaiman yang merupakan seorang usahawan. Tetamu yang hadir telah dijamu dengan pelbagai juadah raya di ruangan makan yang telah disediakan di Santapan Café Cyberjaya.

Posted in:

Leave a Reply