Pada 10 Mac 2022, telah berlangsung satu sesi taklimat secara dalam talian berkaitan peluang untuk ahli-ahli MUBIN untuk menyewa UNITI Virtual Office pada kos yang lebih murah berbanding dengan harga sewaan semasa.
Menerusi sesi ini, perkongsian telah disampaikan oleh Dato’ Jamal Mohd Amin, Presiden UNITI Asia Group & Pengarah ASEAN Mall dan dimoderatorkan oleh Dr Syed Omar Syed Agil, selaku Pengarah Pemasaran UNITI.
Selain dapat mengurangkan kos pengoperasian, terdapat banyak program keusahawanan lain yang turut ditawarkan khusus untuk penyewa UNITI Virtual Office seperti Pameran Mingguan, Sesi Networking dan peluang eksport produk ke ASEAN MALL di samping taklimat secara berkala daripada agensi-agensi yang menyediakan pembiayaan kewangan.