MUBIN sekali lagi telah berjaya mengadakan satu lagi sesi taklimat secara atas talian bersama wakil daripada CEDAR dan SME Bank Malaysia. Kami sangat berbesar hati kerana CEO Cedar sendiri, iaitu YBrs. Tuan Mohd Sofian Zubir, sudi untuk berkongsi informasi terkini mengenai peluang pembangunan usahawan menerusi platform-platform yang disediakan oleh CEDAR seperti ODELA dan ScoreXcess.
Selain itu, peserta telah diberikan penjelasan yang terperinci mengenai peluang-peluang pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh SME Bank Malaysia kepada semua usahawan yang layak oleh YBrs. Encik Eddy Erwan Zakaria. Peserta turut dibekalkan dengan salinan contoh Rancangan Perniagaan sebagai rujukan kepada peserta-peserta yang berminat untuk membuat permohonan pembiayaan perniagaan dengan mana-mana institusi pembiayaan.