MUBIN dengan kerjasama Armani Media Sdn Bhd telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 70 orang peserta untuk mendengar taklimat ringkas berkenaan Geran Pemasaran Digital yang ditawarkan oleh pihak MDEC. Taklimat ini telah berlangsung selama lebih kurang 1 jam termasuk slot soal jawab bersama peserta menerusi platform Zoom Meeting. Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Hafriz Hazeem selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan di Armani Media Sdn Bhd.
Peserta program kemudiannya dimasukkan ke dalam Whatsapp Group untuk perbincangan yang lebih lanjut mengenai syarat-syarat kelayakan dan langkah-langkah permohonan.
Seramai 18 orang telah berjaya mendapatkan Geran Pemasaran Digital MDEC yang bernilai RM5,000 ini.