Untuk Sesi Taklimat Online MUBIN kali ini, ahli-ahli MUBIN berpeluang untuk mendapatkan ilmu mengenai fungsi dan peranan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) terutamanya dalam membantu pembangunan usahawan.
Puan Rohanizam binti Talib, Ketua Seksyen Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran AKPK telah berkongsi mengenai pelbagai khidmat nasihat dan bengkel-bengkel keusahawan yang ditawarkan oleh AKPK bagi membantu usahawan memantapkan ekonomi masing-masing.
Sesi ini berlangsung selama 1 jam menerusi platform Google Meet dan disertai oleh lebih kurang 34 orang peserta.