Mesyuarat ini diadakan secara atas talian dan secara fizikal dengan pemantauan yang ketat dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sebelum Mesyuarat Agung Tahunan MUBIN ini bermula, terdapat satu perkongsian secara atas talian daripada Encik Nailul Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Asian Leaders Institute (Singapura) yang berkisarkan topik mengenai bagaimana pemilik serta pengusaha bisnes di Singapura berdepan dengan situasi pandemik Covid-19. Perkongsian selama 1 jam ini telah berlangsung menggunakan platform Google Meet.
Mesyuarat dimulakan pada pukul 11:45 pagi dengan kehadiran seramai 38 orang (11 orang offline + 27 orang menerusi Google Meet); melebihi korum mesyuarat yang ditetapkan oleh Perlembagaan MUBIN.