Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 MUBIN

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 MUBIN telah diadakan secara hybrid dan telah dihadiri seramai 57 orang ahli MUBIN (11 orang fizikal dan 46 orang secara dalam talian) dan berlangsung selama 45 minit (10:45 pagi – 11:30 pagi).

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ini, tiada usul yang diterima untuk dibahaskan dan tiada pemilihan AJK baharu bagi tahun tersebut.

Sebelum mesyuarat bermula, terdapat 1 sesi perkongsian MUBIN bertajuk “Menongkah Pandemik dan Peluang Endemik” yang disampaikan oleh Dr Nur Aisyah Zainordin, selaku Pengasas dan Pengarah IMAN Media Group Sdn Bhd dan Encik Ammar Roslizar yang merupakan CEO Yezza.

Sesi perkongsian ini telah bermula pada pukul 9:30 pagi dan dimoderatorkan oleh Puan Nor’Aini binti Abdul Rahim, salah seorang Ahli Jawatankuasa MUBIN bagi Sesi 2021-2024.

Posted in:

Leave a Reply