Program perkongsian ini adalah inisiatif daripada ahli-ahli MUBIN yang berminat untuk mempelajari dengan lebih terperinci mengenai sistem agen bersama Puan Haridah Sahri, pengasas Tasneem Naturel. Timbalan Presiden, Tuan Haji Mohd Adam Mohd Said telah meluangkan masa untuk turut sama hadir bagi merasmikan program serta memberi kata-kata aluan. Sesi perkongsian selama hampir 2 jam ini diadakan pada 4 Januari 2021 di Pejabat Tasneem Naturel di Kajang dengan pemantauan SOP yang ketat sepertimana yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).