ANTARA PESANAN TN HJ RASHID MUNIR:
1. Jaga hukum Allah, inshaAllah semua urusan akan diberkati dan mendapat rahmatNya. Jangan buat penilaian sendiri, rujuk pada yang pakar
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menulis di dalam kitab-kitab (Zabur dan sebagainya) yang Kami turunkan sesudah tulisannya (pada Luh Mahfuz) bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh” – (Surah Al-Anbiya’: 105)
2. The master key factor adalah perlu SABAR
3. Perlukan sikap yang betul untuk berjaya; elakkan daripada terlibat dengan rasuah
4. Perlu ada tahap kompetensi dan kecekapan yang tinggi (high level of competency dan efficiency)
• Cth: Target Product Design Efficiency syarikat beliau, IC Microsystems Sdn Bhd (ICmic) adalah sebanyak 3 IC baru dihasilkan untuk setiap tahun bagi setiap jurutera beliau. Di syarikat tersebut mempunyai seramai 9 orang jurutera; oleh itu sebanyak 27 IC perlu dihasilkan setiap tahun untuk mengekalkan high level of competency dan efficiency.
5. Perlu sentiasa bijak mencari peluang;
Analogy: Perlu punyai mata seperti burung helang. Ada banyak sumber makanan, tapi helang akan cuma memilih bangkai sebagai makanannya.
Dalam dunia bisnes, ada banyak peluang bisnes, tapi usahawan berjaya adalah usahawan yang bijak mengenal pasti peluang yang paling bersesuaian dengan kelayakan dan kemahiran diri; supaya dapat optimumkan output.
6. Kena sentiasa redha dengan ketentuan Allah, “ini bukan zaman merajuk”
7. Perlu ada ketabahan yang tinggi untuk berjaya (undang-undang alam; hidup pasti ada ujian, naik turun)
8. Perlu sentiasa bersyukur dengan ketentuan Allah “Bertaqwalah kepada Allah nescaya menjadi orang yang bersyukur” – untuk menjadi hamba yang bersyukur, intinya adalah bertakwa kepada Allah SWT dengan beribadah dan beramal soleh.
9. Knowledge is important; perlu banyakkan membaca;
Antara buku yang Hj cadangkan:
“How to Sell” by Zig Zigler