[Taklimat Online MUBIN – CGC Malaysia Berhad]: Akses kepada Pembiayaan PKS

Sesi taklimat ini diadakan bagi menghubungkan ahli-ahli MUBIN dengan institusi yang menawarkan pembiayaan perniagaan kepada usahawan PKS iaitu Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad.

Sesi dimulakan dengan kata-kata aluan daripada YBhg Dato’ Md Pishal bin Ab Raub, selaku Presiden MUBIN yang turut berkongsi mengenai kejayaan syarikat beliau, Meranti Marshal Sdn Bhd memperoleh pembiayaan yang ditawarkan oleh CGC Malaysia Berhad ini.

Seramai hampir 50 orang peserta daripada kalangan usahawan MUBIN dan usahawan luar telah meluangkan masa bagi menyertai sesi taklimat yang berlangsung menerusi platform Google Meet ini.

Peserta yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan daripada CGC boleh menghubungi mana-mana pegawai CGC yang berhampiran menerusi maklumat yang dipaparkan di portal rasmi CGC Malaysia Berhad.

Posted in:

Leave a Reply