MUBIN telah dihubungi oleh penganjur webinar; iaitu Money Compass Media untuk berkolaborasi dalam salah satu slot perkongsian. Pihak MUBIN telah diwakili oleh Tuan Hj Mohd Adam Mohd Said, Timbalan Presiden MUBIN bagi membincangkan topik berkenaan inisiatif yang dilakukan oleh persatuan untuk membantu golongan usahawan PKS bagi menghadapi pandemik COVID-19.
Beberapa wakil daripada petubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain turut berkongsi pandangan mereka menerusi webinar yang berlangsung selama 2 jam ini termasuklah daripada Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM) dan Persatuan Pengusaha Kecil Dan Sederhana Malaysia.
Perkongsian ini telah disiar secara langsung menerusi platform website program tersebut.