KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT MALAYSIAN PALM OIL BOARD (MPOB)

MUBIN telah dijemput untuk hadir ke Pejabat MPOB sebagai salah satu usaha MPOB untuk memperkenalkan teknologi terkini dalam pemprosesan hasil kelapa sawit yang berpontensi untuk dimajukan dan dikormesialkan oleh para usahawan. Selain itu, pihak MPOB turut memperkenalkan peluang-peluang untuk kerjasama strategik yang boleh diusahakan antara pihak MPOB bersama ahli-ahli MUBIN yang berminat.

Ahli MUBIN yang turut serta dalam mesyuarat tersebut telah dimaklumkan dengan terperinci mengenai penggunaan minyak kelapa sawit ini yang semakin lama, semakin banyak digunakan dalam kehidupan harian. Selain daripada digunakan sebagai minyak masak, minyak ini juga digunakan untuk tujuan kosmetik, sabun, minyak wangi (perfume), marjerin dan lain-lain.

Dari segi teknologi pula, Malaysia boleh dilihat sebagai sebuah negara yang maju kehadapan kerana usaha yang berterusan oleh para penyelidik terutamanya di MPOB.

Posted in:

Leave a Reply