Seramai 12 orang AJK dan ahli MUBIN telah diberikan peluang untuk berkunjung ke Ibu Pejabat Pengerusi SPNB.
Pertemuan ini adalah untuk memperkenalkan MUBIN kepada YB Puan Hajah Haniza dan pihak SPNB serta untuk mendapatkan info mengenai peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan oleh pihak SPNB kepada ahli-ahli MUBIN yang berminat.
Hasil daripada kunjung hormat ini, pihak MUBIN telah berjaya mengumpulkan beberapa syarikat ahli yang berminat untuk turut serta dalam peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan oleh SPNB seterusnya telah menghantar senarai tersebut kepada pihak SPNB. Buat masa ini, pihak MUBIN sedang menunggu maklum balas daripada pihak SPNB mengenai tarikh baharu untuk pertemuan seterusnya di antara syarikat-syarikat yang berminat dan pihak SPNB.
Selain itu, atas permintaan bahagian pemasaran dan jualan SPNB, beberapa orang ahli MUBIN telah dijemput untuk hadir ke mesyuarat berasingan untuk membincangkan mengenai jualan unit-unit yang masih belum terjual seluruh Malaysia;