MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-SEBELAS MUBIN

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-Sebelas MUBIN telah diadakan secara hibrid (campuran – online dan kehadiran secara fizikal di Pejabat Urusan MUBIN, Cyberjaya dengan pemantauan SOP yang ketat). Pada asalnya, pihak MUBIN telah membuat permohonan untuk menganjurkan mesyuarat ini secara atas talian sepenuhnya, namun memandangkan kapasiti Pejabat MUBIN boleh menampung sehingga 30 orang dengan penjarakan 1m antara setiap ahli yang hadir, pihak MUBIN telah memberi peluang kepada 30 orang ahli yang berminat untuk hadir secara fizikal.

Kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini adalah seramai 58 orang iaitu seramai 39 orang secara atas talian (Google Meet) dan 19 orang secara fizikal.

Terdapat pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu MUBIN untuk sesi 2021-2024. Pemilihan dilakukan secara atas talian.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa MUBIN yang baharu:

Presiden: Dato Md Pishal bin Ab Raub

Timbalan Presiden: Mohd Adam bin Mohd Said

Naib Presiden: Ammar bin Roslizar

Setiausaha: Shahrom bin Latif

Penolong Setiausaha: Nor ‘Aini binti Abdul Rahim

Bendahari: Wan Md Suhaimi Wan Sulaiman

AJK Biasa

  1. Mohd Farid Ismail
  2. A Rashid Munir
  3. Haridah Sahri
  4. Yasser Zulkefli
  5. Ahmad Mu’az Mohd Nawawi
  6. Muhammad Hakim Razali
  7. Mahfuz Mohammad

Pemeriksa Kira-Kira

  1. Laili Ismail
  2. Kamaruzzaman bin Abd Hanan

Untuk keterangan lanjut, boleh kunjungi http://mubin.org.my/v3/carta-organisasi/

Posted in:

Leave a Reply