Rentetan daripada sesi sebelum ini, pihak MUBIN berkisarkan topik yang sama, telah bekerjasama dengan wakil daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). YBrs. Cik Siti Yuhanis binti Kasiron, Eksekutif Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan PUNB telah meluangkan masa untuk bersama-sama ahli MUBIN untuk berkongsi mengenai peluang-peluang pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh PUNB kepada usahawan.
Sesi telah berlangsung selama lebih kurang 90 minit menerusi platform Google Meet. Peserta yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, diberikan nombor pegawai yang berkaitan untuk dihubungi.