MAJLIS PERASMIAN KLINIK USAHAWAN PKNS

Ir Hj Sahak Yasin, Presiden MUBIN dan Dato Ahmad Radzi Yahaya, AJK MUBIN telah mewakii MUBIN bagi menghadiri majlis perasmian Klinik Usahawan Selangor yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan.

Penubuhan ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat perniagaan dari aspek urus tadbir, pemasaran, pengurusan kewangan dan peluang pembiayaan. Klinik ini merupakan usahasama diantara Kerajaan Negeri dengan Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS (BPU, PKNS) dan Arab Gateway Technology Sdn Bhd (AGT).

Posted in:

Leave a Reply