MUBIN telah menerima kunjungan daripada 2 orang Pegawai Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) untuk membincangkan mengenai peluang kerjasama antara MUBIN dan INSKEN. Dalam pertemuan ringkas ini, pegawai INSKEN telah membentangkan jadual program latihan keusahawanan yang telah disusun oleh pihak mereka kepada Ahli Jawatankuasa MUBIN dan turut menawarkan kepakaran mereka untuk membantu ahli-ahli MUBIN sekiranya diperlukan. Pihak MUBIN juga bersetuju untuk membantu pihak INSKEN dari segi hebahan kepada ahli.