Program Shariah Audit Training 2014 ini adalah anjuran bersama JSA Business Advisory Sdn Bhd, MUBIN, dan DPMM Putrajaya. Menampilkan Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman sebagai penceramah jemputan.
Program ini telah diadakan di Bilik Seminar MUBIN, Cyberjaya, bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga pukul 5:00 petang. Peserta yang hadir berpeluang untuk mendapat penerangan secara terperinci mengenai keperluan untuk sesebuah organisasi itu menggunakan sistem audit yang berlandaskan shariah.
Proses-proses pengauditan secara shariah turut diterangkan dalam salah satu slot perkongsian di sebelah petang. Pelbagai isu yang berkaitan dengan sistem ini turut dibincangkan terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan sistem perbankan Islamik di Malaysia.
Sijil penyertaan turut diberikan kepada peserta-peserta yang telah hadir ke program ini.