MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-LAPAN MUBIN

  • Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-Lapan ini telah berlangsung di Pejabat MUBIN pada 3 Mac 2018 yang lalu;
  • Jumlah ahli yang layak hadir dan mengundi ialah 39 orang. Pemilihan ahli jawatankuasa baru telah dibuat. Antara usul yang diluluskan adalah mewujudkan jawatan Naib Presiden daripada kalangan usahawan muda sebagai salah seorang dalam Jawatankuasa MUBIN. Ini adalah bagi memperkukuhkan lagi Jawatankuasa Tertinggi MUBIN yang sedia ada dan supaya berlaku sinergi dan gandingan yang lebih baik dalam Jawatankuasa MUBIN antara usahawan Muda dengan usahawan Senior terutamanya di peringkat Jawatankuasa Tertinggi MUBIN;
  • Turut hadir adalah tetamu kehormat MUBIN iaitu Y.Bhg Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi Mohd Salleh, CEO NadiCorp Holdings Sdn Bhd yang turut menyampaikan perkongsian di bawah topik “Challenges In Business Ventures Today”;
  • Ahli yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ini membawa peluang “Goodie Bag” yang mengandungi produk Balm Bayi tajaan Tasneem Naturel dan tudung tajaan Uswah Global Sdn Bhd;

Posted in:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *