• image

Kerajaan Peruntuk RM10 juta untuk Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

 

PM-Usahawan-BumiMuda-300x200

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk membantu golongan muda Bumiputera memulakan perniagaan.

Beliau berkata, melalui program yang akan dikendalikan oleh SME Corp dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) itu, usahawan muda akan melalui tiga fasa sebelum diberikan geran permulaan perniagaan sebanyak RM15,000.

“Fasa pertama ialah ketahanan jati diri, (usahawan muda akan) melalui latihan berbentuk fizikal dan mental.

Fasa kedua ialah bengkel perniagaan yang merangkumi asas perniagaan dan penyediaan pelan perniagaan.

“Fasa ketiga ialah pelaksaan perniagaan oleh peserta yang akan dapat bantuan sekiranya mereka melepasi fasa satu dan dua, di bawah fasa ketiga ini juga¬† mereka akan dibimbing oleh kaunselor perniagaan, kaunselor kewangan dan panel penasihat pakar perniagaan dari pihak SME Corp di bawah ‘sistem kawan’ selama 12 bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera di Menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib berkata 500 belia Bumiputera disasarkan menyertai program Tube.

Selain itu, beliau berkata banyak lagi usaha yang sedang dilakukan kerajaan bagi membantu usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan masing-masing ke peringkat lebih tinggi, termasuk program Superb.

Menerusi program Superb, kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi memberi peluang kepada syarikat permulaan Bumiputera menerima kemudahan geran sehingga RM500,000, katanya.

 

Untuk keterangan lanjut, klik pautan ini untuk tontonan video mengenai Program TUBE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *