Ikrar MUBIN

Bismillah…

Kami, ahli-ahli MUBIN yang berkumpul pada hari ini, sesungguhnya berikrar bahawa:

  1. Bersama-sama membina integriti dan sifat keusahawanan yang mulia, sebagai asas penglibatan, dalam pembangunan ekonomi, dan ummah.
  2. Bekerjasama antara satu sama lain, untuk sama-sama membangun dan maju.
  3. Selagi boleh, tanpa menjejaskan mana-mana pihak yang berkepentingan, memberi keutamaan kepada sesama ahli, dalam outsourcing, apabila melaksanakan projek masing-masing.
  4. Memberi komitmen, kepada usaha-usaha MUBIN, dalam melaksanakan visi dan misinya.
  5. Mengambil peranan, melalui MUBIN, untuk membina pencapaian ekonomi mampan.

Kami berikrar, untuk beriltizam dengan ikrar ini, dan sesungguhnya, akan melaksanakan ikrar ini sebaik mungkin.

Sekian.

(Ikrar ini dibacakan kali pertama ketika Konvensyen Usahawan MUBIN, 16 Julai 2011 di Grand Ballroom, Hotel Equatorial Bangi)